PERATURAN, SYARAT PENYERTAAN & ATUR CARA
‘KUD PUTRAJAYA CYCLING 2013’
KATEGORI CYCLING HUNT
TARIKH: 28 SEPTEMBER 2013 (SABTU)
TEMPAT: LAMAN 1MALAYSIA
PRESINT 2, PUTRAJAYA
- Setiap penyertaan mengandungi 2 peserta (1 pasukan). Jumlah penyertaan dihadkan kepada 1,000 peserta. Pendaftaran tertakluk kepada ‘first come first serve’. Urusetia akan memutuskan pembentukan kumpulan jika peserta mendaftar secara individu. Walau bagaimanapun peserta adalah digalakkan untuk menubuhkan kumpulan sendiri iaitu 2 (dua) orang bagi setiap pasukan.
- Setiap peserta menggunakan basikal sendiri dan memakai peralatan keselamatan (safety cycling gears).
- Acara akan dilangsungkan secara berkumpulan 2(Dua) orang sepasukan yang akan ditentukan oleh Sekretariat.
- Jarak kayuhan sambil mencari ‘harta karun’ adalah lebih kurang 20 kilometer di sekitar kawasan Putrajaya.
- Setiap peserta WAJIB didalam keadaan sihat dan tidak menghadapi sebarang penyakit yang boleh mendatangkan kemudaratan. Pihak penganjur tidak bertanggung jawab di atas sebarang kerugian harta benda, kecederaan, kematian yang berpunca daripada penyertaan acara ini sama ada sebelum, semasa dan selepas acara dijalankan.
- Peserta perlu mendaftarkan diri sebagaimana aturcara.
- Pasukan perlu melaporkan kepada Urusetia sebaik sahaja tiba di garisan penamat dan menyerahkan semua jawapan atau barangan ‘harta karun’. Hanya pasukan yang tiba sebelum ‘cut-off time’ akan diadili.
- Semua keputusan adalah muktamad.
- ‘Goodies’ akan disediakan kepada 500 penyertaan terawal diterima.
- Penyertaan adalah percuma.
ATUR CARA
- 7.00 Pagi – Pendaftaran Di Laman 1Malaysia Presint 2, Putrajaya
- 8.30 Pagi - Taklimat Acara ‘KUD Putrajaya Cycling Hunt 2013
- 8.45 Pagi - ‘Flag Off’ Kategori Jemputan VIP
- 11.00 Pagi -
- ‘Cut Off Time’
- Semakan Keputusan
- Cabutan Nombor Bertuah
- Penyampaian Hadiah
- Jamuan Makan Tengahari
- Bersurai (dijangka jam 1.00 tengahari)