Laman Sesawang KUD 2013

Selamat datang ke Laman Sesawang Karnival Usahawan Desa 2013, maklumat akan di kemaskini dari masa ke semasa...

You are here: Home / Cycling 2013 / Sinopsis Acara KUD Cycling 2013
Sinopsis Acara KUD Cycling 2013

Sinopsis Acara KUD Cycling 2013

SINOPSIS ACARA

KUD PUTRAJAYA CYCLING 2013

 

1.    OBJEKTIF ACARA

  • Sebagai salah satu acara tarikan pengunjung bagi Program Karnival Usahawan Desa 2013.
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim segenap lapisan masyarakat bersama pemimpin.
  • Memupuk budaya beriadah melalui aktiviti santai berbasikal.
  • Melahirkan masyarakat yang peka dan berbangga dengan kemudahan pembangunan yang serba lengkap yang dibangunkan oleh kerajaan khususnya keindahan dan kecanggihan Putrajaya.
  • Melahirkan masyarakat yang insaf dan bersyukur dengan nikmat keamanan dan kemakmuran negara dimana masyarakat dapat mengamalkan kehidupan yang makmur dan sejahtera melalui kestabilan politik dan kemajuan negara yang aman dan progresif.

2.    TARIKH ACARA DAN MASA

  • 28 September 2013,  Mulai Jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari.

3.    LOKASI ACARA

  • Acara akan bermula dan tamat di Laman 1 Malaysia, Presint 2, Putrajaya.

4.    PENYERTAAN DAN CENDERAHATI 

  • Penyertaan adalah terbuka kepada semua pengunjung Karnival Usahawan Desa 2013.
  • Penyertaan bagi semua kategori adalah PERCUMA.
  • 500 pendaftaran penyertaan awal akan mendapat ‘t-shirt’ khas acara.

5.    KATEGORI ACARA, LOKASI  DAN JARAK KAYUHAN

  • Kategori Terbuka (Treasure Hunt) – Jarak kayuhan 20 hingga 25 Kilometer
  • Mengeliling Pulau Utama Putrajaya (Core Island) dan akan melalui beberapa ‘check point’ dan ‘pitt stop’ bagi mendapatkan soalan ‘treasure hunt.’
  • Sasaran penyertaan 500 orang.
  • Penyertaan secara berpasukan tiga (3) orang  bagi tiap-tiap satu pasukan dan terbuka kepada semua pengunjung dan dihadkan kepada 150 pasukan mana yang mendaftar dahulu.
  • Kategori Terbuka Kayuhan Santai – bebas samada untuk melalui laluan Kategori Terbuka ataupun mengiringi acara bagi Kategori VIP/Jemputan
  • Sasaran penyertaan – tiada had dan terbuka kepada semua pengnjung.
  • Kategori VIP dan Jemputan – Jarak kayuhan 10 Kilometer
  • Sekitar Presint 2, Laman 1Malaysia, Monumen Alaf Baru dan Masjid Tuanku Mizan.
  •  Kategori ini dikhaskan untuk Peserta Jemputan Khas  yang terdiri daripada YB. Menteri, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi disamping Jemputan Khas

6.    HADIAH DAN CABUTAN NOMBOR BERTUAH 

  • Bagi Kategori Terbuka (Treasure Hunt) – hadiah akan disediakan kepada pemenang tempat Pertama hingga Ketiga manakala pemenang tempat Keempat hingga Kesepuluh akan mendapat hadiah saguhati.
  • Bagi Kategori VIP dan Jemputan Khas – pertandingan melalui penghakiman misteri yang akan ditentukan oleh juri bagi menentukan pemenang-pemenang.
  • Bagi Kategori Kayuhan Santai – hanya layak untuk memenangi Hadiah Cabutan Nombor Bertuah.
  • Tiap-tiap penyertaan akan berpeluang memenangi Hadiah Cabutan Nombor Bertuah.
  • Hadiah-hadiah bagi Cabutan Nombor Bertuah adalah berupa barangan keperluan harian ataupun barangan elektrik ataupun kelengkapan rumah ataupun peralatan sukan ataupun barangan yang difikirkan bersesuaian yang ditentukan oleh  penganjur.
  • Penganjur tidak menyediakan sebarang hadiah berbentuk wang tunai.

7.    MAKAN MINUM 

  • Makan pagi dan makan tengahari secara percuma akan disediakan kepada semua peserta disamping ‘refreshment’ akan disediakan dibeberapa kawasan ‘refreshment station’.

 

ATURCARA ‘KUD PUTRAJAYA CYCLING 2013’

TARIKH: 28 SEPTEMBER 2013 (SABTU)

TEMPAT : LAMAN 1MALAYSIA, PRESINT 2

PUTRAJAYA

 

  • 6.00 Pagi – 7.45 Pagi      -
    • Pendaftaran Peserta (Peserta)
    • Penyerahan Cenderahati/’T-Shirt’
    • Penyerahan ‘Packed Breakfast & Refreshment’
  • 7.15 Pagi
  • Ketibaan Dif-Dif Jemputan (Dif-Dif Jemputan)
  • 7.30 Pagi
    • Ketibaan YB. Dato’ Seri Hj. Mohd. Shafie bin Hj Apdal – Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
    • Makan Pagi
  • 7.50 Pagi
    • Taklimat Acara
    • Flag Off Acara oleh :- YB. Dato’ Seri Hj. Mohd. Shafie bin Hj Apdal – Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
    • Kategori Terbuka (Treasure Hunt)
    • Kategori Kayuhan Santai
    • Kategori VIP
  • 11.00 Pagi
    • Penyerahan Jawapan Treasure Hunt & Cut Off Time
  • 11.00 Pagi – 11.30 Pagi
    • Cabutan Nombor Bertuah
    • Majlis Penyampaian Hadiah oleh :- Y. Bhg. Dato’ Ibrahim bin Muhammad – Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
    •  Makan Tengahari
    • Bersurai

About Cik Bee

Cik Bee
Hi, Saya Cik Bee. Jangan lupa jumpa saya di hari Karnival Usahawan Desa 2013 nanti bertempat di Laman 1Malaysia, Putrajaya. Jumpa disana!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top

Contact Us

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.