Objektif:
- membuka ruang pasaran lebih luas kepada usahawan dengan memperkenal dan mempromosi produk desa secara terbuka di samping mengadakan jualan terus kepada pengguna;
- mengadakan business matching, business talk dan seminar bersama pengedar, pemborong, pelabur, agen swasta sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa;
- mewujudkan kerjasama strategik antara kluster usahawan dengan agensi Kerajaan yang terlibat dalam pembangunan usahawan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Small and Medium Industries Development Corporation (SMIDEC), Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM), Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI), Jabatan Standard Malaysia dan lain-lain;
- mewujudkan hubungan dan persefahaman dengan institusi kewangan di samping menghebahkan maklumat berhubung pembiayaan yang disediakan kepada usahawan;
- mewujudkan jalinan kerjasama pintar serta sinergi di antara usahawan luar bandar; dan
- menghebahkan program-program keusahawanan yang dijalankan oleh KKLW dan agensi Kerajaan yang lain kepada para peserta dan pengunjung.