Laman Sesawang KUD 2013

Selamat datang ke Laman Sesawang Karnival Usahawan Desa 2013, maklumat akan di kemaskini dari masa ke semasa...

You are here: Home / Berita / Karnival Usahawan Desa Dijangka Tarik Sejuta Pengunjung
Karnival Usahawan Desa Dijangka Tarik Sejuta Pengunjung

Karnival Usahawan Desa Dijangka Tarik Sejuta Pengunjung

Karnival Usahawan Desa Dijangka Tarik Sejuta Pengunjung

PETALING JAYA, 2 Sept (Bernama) — Karnival Usahawan Desa (KUD) 2013 selama empat hari mulai 26 Sept ini di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya dijangka menarik sejuta pengunjung dan menjana jualan bernilai RM5 juta, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata karnival dua tahun sekali itu bertujuan membangunkan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) khususnya dari luar bandar.

“Karnival kali ini menyediakan peluang padanan perniagaan kepada lebih 600 usahawan desa bersama lima hypermarket seperti Tesco Stores, Jaya Jusco, Aeon Big (Carrefour), Mydin dan Giant.

“Antara pembaharuan karnival kali ini yang masuk penganjuran kali kelima ialah penglibatan institusi kewangan seperti Bank Negara dan Bank Rakyat yang menawarkan pinjaman kewangan kepada usahawan yang terlibat dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan,” katanya.

Mohd Shafie berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Pra Pelancaran Karnival Usahawan Desa 2013 di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama di sini Isnin.

Jelasnya, KUD 2013 akan menghimpunkan seramai 600 usahawan dan gerai jualannya meliputi empat kluster iaitu produk makanan, kraf, herba dan perkhidmatan.

“Selain itu terdapat 12 gerai agensi awam dan pihak swasta yang terlibat dalam penyelidikan serta pembangunan (R&D), pembiayaan dan pemasaran produk,” kata Mohd Shafie.

Jelas beliau, KUD 2013 merupakan platform terbaik dalam menyediakan peluang dan ruang pasaran serta jaringan perniagaan yang lebih luas kepada usahawan luar bandar bagi mempromosikan produk mereka secara terbuka dan jualan terus kepada pengguna.

Tambah Mohd Shafie, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka merasmikan KUD 2013 pada 26 Sept.

Karnival akan berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

KUD 2011 berjaya menarik 500,000 pengunjung dan jualan bernilai RM3 juta.

Ditanya mengenai risiko kesan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ke atas usahawan IKS tempatan, Mohd Shafie percaya kesannya tidak begitu besar kerana pasaran IKS Malaysia ialah di Asia Tenggara.

2013 Rural Entrepreneur Carnival Expected To Draw One Million Visitors

PETALING JAYA, Sept 2 (Bernama) — The four-day 2013 Rural Entrepreneurs Carnival (KUD), beginning Sept 26, is expected to draw one million visitors and generate RM5 million in sales.

Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said the biennial event held at Laman 1Malaysia, Precinct 2, Putrajaya was aimed at developing the medium and small industries, specifically from rural areas.

He said this time around, the carnival would provide business matching opportunities to more than 600 rural food, craft, herbal and service entrepreneurs with hypermarkets Tesco Stores, Jaya Jusco, Aeon Big (Carrefour), Mydin and Giant.

“Among the innovations in the coming carnival, which is organised for the fifth time, is the involvement of financial institutions such as Bank Negara and Bank Rakyat, which offer loans to the entrepreneurs involved in manufacturing and services,” he said.

Mohd Shafie said this in a press conference after a 2013 KUD pre-launch ceremony in the compound of Sri Pentas, Bandar Utama here on Monday.

About En. Mut

En. Mut
Salam 1Malaysia! , Saya En. Mut. Jangan lupa jumpa saya di hari Karnival Usahawan Desa 2013 nanti bertempat di Laman 1Malaysia, Putrajaya. Jumpa disana!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top

Contact Us

  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.